preload

DIA teman setiaku...

Published in:

Salam 'alayk..hajimemaste..
Selamat datang wahai tetamu agung, Ramadhan Kareem. Alhamdulillah! Al-Mubaarak yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Semoga keberkatan Ramadhan menjadi medan tarbiyyah buat hati ini, InsyaAllah.
Namun, Ramadhan kali ini amat berlainan jika dibandingkan dengan Ramadhan yang pernah kulalui sebelum ini..Berpuasa di Bumi Sakura, suatu yang diriku sendiri tidak dapat bayangkan. Yang pasti, kuyakin dengan hikmahNya yang tersirat. Mungkin untuk menguji imanku. Mungkin untuk mendidik diriku. ya, semuanya mungkin.
'ala kulli haal, doakan diri ini sentiasa di bawah peliharaanNya. Moga dikuatkan hati, amin..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
khas buatmu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sendiri
bukan bermakna lemah
malah
kunci kekuatan
pergantungan kepadaNya
redha ketentuanNya
yakin dengan nasru dariNya
ya
pertolongan dari Yang Maha Agung
mana mungkin pernah mengecewakan
sendiri
mentarbiyyah diri
mendidik hati
melembutkan jiwa
dalam pertaruhan
cinta hamba
dan
pasrah pada Pencipta
teman setia
ya
tiada lain
hanya Dia
teman setia..
Terima kasih ya Allah
kerana sentiasa menemaniku..
sendirian
kesepian
kini bukan lagi melemahkan aku
malah
itulah sumber kekuatan
selagi aku memegang taliMu...
Tsabatkan hati ini dengan deenMu yang agung
Amin ya Allah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • 1 comments:

  • erm..terima kasih kepada penulis sajak ni..(copy je)byk isi n kata2 yg boleh diambil utk diri ni..
    betul..sendiri x bermakne lemah,mungkin ia bleh menjadi medan utk memperbaiki diri,sebelum melangkah ke medan perjuangan..
    insyaAllah,walupun bersendirian..kite mampu utk beristiqamah dgn kebaikan..

    • Post a Comment

Total Pageviews

THANK YOU

AHLAN WAHSAHLAN

http://www.kddi.com/sakura2009/blogparts/js/sakura.js