preload
Pernah satu ketika pada zaman dahulu, seorang lelaki bertemu dengan sahabat Rasulullah S.A.W. bernama Abdullah ibn Mas’ud. Lelaki itu bertanya mengenai cara-cara untuk menghindarkan kegelisahan.
Abdullah ibn Mas’ud berkata,
“ Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan Kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg ikhlas krn ALLAH....mudah mudahan kamu menjadi org yang beriman dan bertaqwa.
  • 1 comments:

  • Thanks for the reminder..

    Hilang gundah gulana,
    Hilang keluh resah,
    Hanya Dia yang mampu merubah,
    Dengan pertolonganNya semuanya mudah..

    Teruskan, post tazkirah Falah.

    • Post a Comment

Total Pageviews

THANK YOU

AHLAN WAHSAHLAN

http://www.kddi.com/sakura2009/blogparts/js/sakura.js