preload

SAHABAT

Published in: Labels:

"Nikmat yg paling berharga selepas nikmat Islam dan Iman, adalah memiliki SAHABAT yg soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka pegang lah ia bersungguh2"

kenalan itu,ramai,
kawan itu,selalu kita jumpa,
tetapi,
SAHABAT itu,sukar untuk kita lupa.

Read More...

فكرة إسلامية

Published in: Labels:

فكرة إسلامية

FIKRAH ISLAM

As-Syahid Hassan al-Banna

Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah ,yang lengkap yang sempurna , syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.Inilah Islam ,Addien yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal .Allah Taa’la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :

اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya ,begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah ,dan kita bukannya pencipta Dien.Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita ,kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah :

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

“ Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” ( Al-An’am-116 )

Nilai kita ialah nilai Islam ,iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.

Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul .Kita hendaklah bersifat jiddiah di dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain .Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah , mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi.kita hendaklah mengenal setiap rupa ,bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi.Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam .Sabda Rasulullah S.A.W :

من تعلم لغة قوم أمن مكرهم

“ Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya .”

Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham ,seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal.Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu ,oleh itu kita perlu berjema’ah .Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa.Tetapi dengan harakah kita bisa mengatasinya .

Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam ,jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti ,Demi pembangunan ,Demi kemajuan dan Malam ‘Amal.Dalam hal ini kita hendaklah mengenegahkanfikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegah kepada masyarakat .

Kita juga mesti mempunyai ‘kesedarn Islam’ ianya bukan sama dengan ilmu Islam.Dalam usaha memperolehi ‘kesedaran Islam’ perlu kepada kesabaran ,tekun dan gigih dalam usaha .Seorang yang mempunyai ‘kesedaran Islam’ akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah denganIslam.Untuk itu kita perlu kepada didikan atau ‘tarbiyyah’ .’Tarbiyyah’ yang boleh melahirkan sahsiyyah atau keperibadian muslim sejati.

Seoramg mujahid Islam , Fathi Yakan menyatakan pembentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu ,yang jauh dari tarikan jahiliyyah .Umpamanya dengan mengadakan halaqah ,usrah ,ijtima’ dan sebagainya.

Seorang muslim hendaklah tidak tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun,dari pemikirannya.Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng.Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah ditanzilkan oleh Allah S.W.T .Seperti firmannya :

Addien yang dimaksudkan disini bukanlah Addien yang diterjemahkan kepada agama ,sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan Malaysia.

Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama’ dan mujahid Islam yang mu’tabar.Seterusnya Allah berfirman :

Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak ,sebagimana firmannya :

وَقُلْ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا

Ertinya : “ Dan katakanlah : kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman ,dan barangsiapa yang inginkan (kafir) biarlah ia kafir .Sesungguhnya kami telah menyediakan bagi orng-orang zalim itu neraka ,yang gejoloknya mengepung mereka.”

Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari qiamat .Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka.Ketidaktahuan ini jua hendaklah kita punya sifat takut dan harap.Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya.

Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja.Untuk ini juga kita perlu ‘kesedaran Islam yang jelas’ dan bukannya ilmu semata-mata.Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam ... individu.Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam ,dengan patuh ,Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam.Ertinya di mana sahaja kita berada ,kita membawa Islam.Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah daging.

Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah .Pernah Abu Umar memanggil Bilal dengan panggilan ‘Ibnu Assauda’.Bilal memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah.Disuruh balas dengan memijak pipinya.

Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang , jangan sekali didorong oleh kepentingan politik ,parti ,pangkat ,bintang dan sebaginya.Sabda Rasulullah S.A.W :

“ Proses tarbiyyah imaniyyah ,adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mu’min”


BY As-syahid Imam Hassan AlBanna.

(just copy paste from article)

Read More...

Total Pageviews

THANK YOU

AHLAN WAHSAHLAN

http://www.kddi.com/sakura2009/blogparts/js/sakura.js