preload
Published in: Labels:

Assalamualaikum..ila sohabati...

(rasanya xramai yg mengikuti perkembangan blog ana ni...)
Alhamdulillah..setelah sekian lama tidak berkesempatan utk mengupdate blog kembara sakura ni...hari ni,ana diberi kekuatan oleh Allah utk mencoret sedikit pengalaman yang diperolehi dalam program SOS(Sense Our Soul)by AMIR jepun..yg berlangsung selama 2hari 1 malan di shizen no ie,hiroshima...

(cerita sebalik cerita)
dipendekkan cerita,ini merupakan sebuah pengalaman yg sgt berharga buat diri ana...sapa sangka,berbasikal meredah hujan dgn kelajuan tinggi mengejar masa kedatangan bas yg sgt terhad,biarpun terpaksa `mencilok` keluar dari kelas awal,(mmaf sato sensei),telah mengajar ana erti sebuah pengorbanan.. alhamdulilah..

biar 3jam menaiki bas,5jam menaiki kereta,apalah sangat untuk dibandingkan dengan ilmu2 dan hikmah yang diperolehi dr program SOS...syukran to all urusetia dan sahabat2...moga Allah ikat hati2 kita untuk terus berukwwah keranaNya...

(program)
bertemakan ISK(Ini Sejarah Kita)program kali ini dilaksanakan...
Alhamdulillah,segala urusan dan perjalanan program dipermudahkanNya...
tiada komen2 negatif mahupun cakap2 belakang,semuanya mencukupi untuk kami berprogram...(biarpun tiada gelombang frekuensi phone yg diterima,kami faham,ini ujian)
bukan alat atau cara yg penting,tetapi isi dan ilmu yg difahami itu adalah lebih penting..
untuk diamal dan dilaksana,bukan sekadar dengar dan tahu,tetapi disebar dan diberitahu..

(penutup)
InshaAllah,ana akan kongsikan apa yg difahami dalam program itu,dalam blog ini...(biarpun jarang orang kunjung,inshaAllah...ana sekadar memberitahu,dan ALLAH lah yg menyampaikan dan memberi faham kepada antum semua)...

moga berjumpa di next entry... :)

[triller next entry..]
Belajar dan dakwah..
Faham dengan hati vs faham dengan otak
Siapa itu logam yg disebut dalam hadis Rasulullah?
ISK?hemm...

anda ingin tahu?..sama2 kita tunggu..(^-^)
*moga Allah memberi kekuatan untuk ana menulis..

Read More...

SAHABAT

Published in: Labels:

"Nikmat yg paling berharga selepas nikmat Islam dan Iman, adalah memiliki SAHABAT yg soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka pegang lah ia bersungguh2"

kenalan itu,ramai,
kawan itu,selalu kita jumpa,
tetapi,
SAHABAT itu,sukar untuk kita lupa.

Read More...

فكرة إسلامية

Published in: Labels:

فكرة إسلامية

FIKRAH ISLAM

As-Syahid Hassan al-Banna

Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah ,yang lengkap yang sempurna , syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.Inilah Islam ,Addien yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal .Allah Taa’la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :

اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya ,begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah ,dan kita bukannya pencipta Dien.Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita ,kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah :

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

“ Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” ( Al-An’am-116 )

Nilai kita ialah nilai Islam ,iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.

Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul .Kita hendaklah bersifat jiddiah di dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain .Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah , mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi.kita hendaklah mengenal setiap rupa ,bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi.Dengan itu barulah kita dapat membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam .Sabda Rasulullah S.A.W :

من تعلم لغة قوم أمن مكرهم

“ Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya .”

Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham ,seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal.Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu ,oleh itu kita perlu berjema’ah .Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa.Tetapi dengan harakah kita bisa mengatasinya .

Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam ,jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti ,Demi pembangunan ,Demi kemajuan dan Malam ‘Amal.Dalam hal ini kita hendaklah mengenegahkanfikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegah kepada masyarakat .

Kita juga mesti mempunyai ‘kesedarn Islam’ ianya bukan sama dengan ilmu Islam.Dalam usaha memperolehi ‘kesedaran Islam’ perlu kepada kesabaran ,tekun dan gigih dalam usaha .Seorang yang mempunyai ‘kesedaran Islam’ akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah denganIslam.Untuk itu kita perlu kepada didikan atau ‘tarbiyyah’ .’Tarbiyyah’ yang boleh melahirkan sahsiyyah atau keperibadian muslim sejati.

Seoramg mujahid Islam , Fathi Yakan menyatakan pembentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu ,yang jauh dari tarikan jahiliyyah .Umpamanya dengan mengadakan halaqah ,usrah ,ijtima’ dan sebagainya.

Seorang muslim hendaklah tidak tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun,dari pemikirannya.Siapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng.Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah ditanzilkan oleh Allah S.W.T .Seperti firmannya :

Addien yang dimaksudkan disini bukanlah Addien yang diterjemahkan kepada agama ,sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan Malaysia.

Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama’ dan mujahid Islam yang mu’tabar.Seterusnya Allah berfirman :

Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak ,sebagimana firmannya :

وَقُلْ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا

Ertinya : “ Dan katakanlah : kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman ,dan barangsiapa yang inginkan (kafir) biarlah ia kafir .Sesungguhnya kami telah menyediakan bagi orng-orang zalim itu neraka ,yang gejoloknya mengepung mereka.”

Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari qiamat .Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka.Ketidaktahuan ini jua hendaklah kita punya sifat takut dan harap.Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya.

Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja.Untuk ini juga kita perlu ‘kesedaran Islam yang jelas’ dan bukannya ilmu semata-mata.Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam ... individu.Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam ,dengan patuh ,Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam.Ertinya di mana sahaja kita berada ,kita membawa Islam.Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah daging.

Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah .Pernah Abu Umar memanggil Bilal dengan panggilan ‘Ibnu Assauda’.Bilal memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah.Disuruh balas dengan memijak pipinya.

Hendaklah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang , jangan sekali didorong oleh kepentingan politik ,parti ,pangkat ,bintang dan sebaginya.Sabda Rasulullah S.A.W :

“ Proses tarbiyyah imaniyyah ,adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mu’min”


BY As-syahid Imam Hassan AlBanna.

(just copy paste from article)

Read More...

MEMORI 2009

Published in:

miyakonojo kousen

april 2009,ak jejakkan kaki di cni..aku mulakan hidup baru,biarpun bersendirian as malaysian,but i know,He is always with me...







my room,
mula2 smpai,ak terus diberi bilik paling hujung.plg dekat dgn sekolah...(bleh rilek2 nk ke kelas)
alhamdulillah..bilik tu besar berbanding bilik2 utk kousen lain..(jgn jeles..^^)




pingpong club
ak mengaktifkan diri dlm kelab setelah diajak oleh hashiguchi kun,
mcm2 bende ak belajar dlm kelab ni,selain menambah kenalan...






my class,
sape x kenal 3M,kelas yg agak "brutal"
tp best belajar dlm kelas ni...thanks everyone...
i had learned a lot from u all guys..






kepok lekor

kempunan...try buat,tp xjadi..keras!






miyazaki
berjalan2 di miyazaki dengan senior2 universiti...
sekitar tepi pandai n bukit2 di miyazaki..
subhanallah..cantikk...






bowling
first time main..entah ape yg di target tu..^^







gunung berapi
aso san...kumamoto.
bersama Nis,Azim,fakrul









usj
golden week holiday was spent here..







kumamoto
kouryuukai ryuugakusei..(perjumpaan foreigner student)







sasebo
berjalan melawat kousen Q..







20 thn
owh!!suprised party...thanks senpai!







hari sukan
yoshh!!minna!!!ganbare!!3m dekiru yo!








lawatan kelas
ke fukuoka.melawat kilang2 japan....
mantap2 sume..





wintergathering
nara ken...anjuran IPIJ..
tambah kenalan n tambah ilmu.










disneyland
tokyo,5days..in winter break.
seronok2...







travel to tokyo
berjalan sakan...
dan makan sakan..hehe..








masjid tokyo
rindu pada masjid...^^











wif senior
play small golf together...for the last meeting..
sayonara senpai...may we meet again someday.







salji ohhh
nyum2...main salji atas gunung..
mmg cantik..subhanallah..






second time pulang ke malaysia
berbekalkan rempah2...ak pulang ke jepun...^^







berjalan di oita
beppu mmg terkenal dgn onsen(kolam air panas)
terjun jomm...






sakura kembali lg...tahun 2010..
bismillah...ak mulakan langkah baru di permulaan tahun 4 ini..
moga tahun ini lebih baik dr tahun2 sebelumnya...
wish me...






Read More...
Published in: Labels:


Sendiri Menyepi
Album : Muhasabah Cinta
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com


Sendiri Menyepi

Sendiri Menyepi..

Tenggelam dalam renungan

Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari, mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi

ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa

mungkin ada salah mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..

sendiri menyepi…

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……

seeeeendiri….aku merasa sendiri..

sampai kapan begini

resah tiada bertepi…Ooohh..

Kuingin cahyaMu

benderang di hidupku.



Read More...

Total Pageviews

THANK YOU

AHLAN WAHSAHLAN

http://www.kddi.com/sakura2009/blogparts/js/sakura.js