preload

KAD RAYA

Published in: Labels:

Alhamdulillah...terima kasih kepada penghantar kad raya ni.

Jauh kad raya ni merantau ye...
Melintas laut dan gunung..terbang dari malaysia terus ke jepun...biarpun mengambil masa seminggu,syukur...selamat sampai ke miyazaki,n tidak sesat ke tempat lain...die gune iphone 3Gs kot..ade map..hehe...
dan khas kepada penghantar kad ini, sy ingin ucapkan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR BATIN,JIKA TERKASAR BAHASA ATAU TERGURIS HATI..MOGA KITA SENTIASA DI BAWAH RAHMATNYA....(^_^)

utk penghantar:
bulan ramadhan sudah berlalu,
bulan syawal pula berganti,
macam2 dah berlaku,
harap segala salah dimaafi.

kad raya berwarna biru,
dihantar sebagai pengganti diri,
hati sy sgt terharu,
moga tahun depan dapat lagi.(~_~)

Read More...

RAYA DI PERANTAUAN..

Published in: Labels:




Assalamualaikum...erm..lame dah x update blog ni...
rasenye start di bizi kan dgn exam n hari raya 2minggu lepas n minggu lepas,xde semangat nak tulis ape2 yg berkaitan dgn diri yg boleh dijadikan peringatan...
dan kali ini pun..rasanya hanya just want to share with my fren n my famili about my first raya at japan...memang sgt menggembirakan...
walaupun byk yg lain dari sambutan ketika di malaysia, alhamdulillah,still dapat rasa
hikmah berhari raya ni....
antara perkara yg sy paling tersedar adalah,menambah bilangan ukhuwah kita...
sy bg contoh...
sblm ni,sy langsung x kenal seorang senior pun dari tahun 5 kosen,tapi apabila berjmpa dengan senior2 dari tsuyama kosen n kurume kosen...yg turut serta dalam majlis sambutan raya fukuoka,bertambah dah bilangan fren dlm my facebook..siap bleh bergurau senda...hehe...


erm...alang2 tercakap about majlis raya fukuoka tu,sy cite sket about that...
sbb most of my raya was held there,n byk pengalaman menarik yg sy dah kutip,masuk dlm bekas,ikat elok2,n simpan dlm store kenangan...
susah nak dpt pengalaman camtu...
lagi2 pengalaman naik densya(train)beramai2 dgn berbaju melayu..huhu....
sume org jepun dah jeling2 je..mcm x pernah nmpk...naseb baik je,diorg x amik gambar...
segan2....tp hati still gembira...segan tu tolak tepi sket..xnmpk dah..


(gambar nak ber
tolak ke masjid dgn menaiki train)

dekat malaysia mane ade nak dpt pengalaman pergi solat raya naik train,kat negara2 yg mementingkan sistem komunikasi dgn train je bleh dapat..especially japan..nak kemana2,plg cepat n mudah,is by train..berbeza dgn malaysia,sume nak kete..huhu...mane la jalan x jem...
(insyaAllah..ade rezeki,nak kembangkan sistem train di malaysia)my mokuteki time nak apply kosen dl...huhu...


then,bile sampai di masjid,kami tunaikan solat sunat aidilfitri,(first solat berjemaah di jepun)tp bile dgr takbir yg diorg laungkan,berbeza dgn malaysia..rentak dan irama,lagi la berbeza..nak di simpulkan,takbir malaysia adalah irama mendayu2..dan irama kat jepun,lbh mengikut irama arab,jenis tegas dan bersemangat..so..xde la rasa feeling sgt pagi raya tu utk beberapa titis air mata utk tergugur...just rasa sebak sbb beraya
jauh dgn famili n org2 tercinta...(sape x sedih,beraya jauh2) gambar sebelah ni,first masjid yg sy pergi kat jepun ni sejak datang 5 bulan lalu..walupun mpk kecik,tp ade 3 tingkat.siap ade underground level..

kemudian,usai solat aidilfitri,bermula la sesi makan2 kat masjid tu.mcm2 jenis makanan ade.sbb kebanyakn jemaah dtg dr bermacam negare,lg2 area arab sane..susah nk dpt,kat ctu je bleh rase..alhamdulillah..Allah tukarkan sesuatu nikmat yg kite xdpt dgn nikmatNya yg lain..
dan abis sesi makan2..bermula la sesi posing memosing(bergambar)...time ni.byk sgt gmbr diorg amik..satu kamera dah seribu gambar ade..kali dgn 3 kamera slr canon D90,fuhh..nak upload sume,x mampu.kene tapis betul2..dan sy upload sikit je gmbr2 tu kat cni...






















tu je dulu yg mampu sy upload di blog ni..ade lagi byk di facebook..kalau rajin2..lawat la my facebook..insyaAllah,ade byk lagi gmbr2 raya kat situ..
erm..rasanya sampai cni dulu utk kali ni..insyaAllah..next time,sy cite lagi my first raya di jepun.mmg sgt2 best n menarik....
kepada sahabat2 sekalian,rasanya x terlewat utk mengucapkan
SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR &BATIN JIKA ADA TERKASAR BAHASA,TERGURIS HATI,TERAMBIL HAK,DAN SEBAGAINYA..HARAP DI MAAFKAN....MOGA SAMA2 KITA MENDAPAT RAHMATNYA...(^_^)

Read More...

SCAN IMAN,

Published in: Labels:


Sesungguhnya fenomena lemah iman termasuk sesuatu yang sudah merebak dan tersebar luas di kalangan kaum Muslimin. Sementara itu, ada sekian banyak orang yang mengadu kerana kekerasan hatinya yang diucapkan berkali-kali melalui ungkapan-ungkapan mereka, seperti; Aku merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku, Aku tidak pernah mendapatkan kenikmatan dalam beribadah, Aku merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada di dalam jurang, Aku tidak terpengaruh oleh bacaan Al-Quran dan Mengapa mudah sekali aku terjerumus ke dalam kedurhakaan?

Sesungguhnya penyakit lemah iman itu mempunyai beberapa tanda dan fenomena, di antaranya:

[Pertama] { Melakukan kedurhakaan dan dosa }

Di antara orang yang durhaka ada yang melakukan satu jenis kedurhakaan secara terus-menerus. Di antara mereka ada pula yang mengerjakan berbagai jenis kedurhakaan. Terlalu sering melakukan kedurhakaan boleh berubah menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan, seterusnya menjadikan hati sirna daripada merasa kesan buruk kedurhakaan itu, dan akhirnya pelakunya berani berbuat secara terang-terangan, sehingga dia termasuk ke dalam golongan yang disebutkan di dalam hadis ini;

“Setiap umatku mendapat perlindungan afiat kecuali orang-orang yang terang-terangan. Dan, sesungguhnya termasuk perbuatan terang-terangan jika seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, kemudian dia berada pada pagi hari, padahal Allah telah menutupinya, namun dia berkata, ‘Hai fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begini’, padahal Rabb-nya telah menutupinya, namun kemudian dia menyelak sendiri apa yang telah ditutupi Allah pada dirinya.”

[Riwayat Bukhari]

[Kedua] { Merasakan adanya kekerasan dan kekakuan hati }

Kerana perasaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksana batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun. Allah telah berfirman:

“Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.”

[Al-Baqarah: 74]

Orang yang hatinya keras tidak mampu depengaruhi dengan nasihat tentang kematian, tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang membujur. Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan mengurungnya di liang kubur, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian banyak kuburan tidak ubah langkah-langkah kakinya di antara longgokan batu.

[Ketiga] {Tidak tekun dalam beribadah}

Antara tandanya ialah tidak khusyuk serta hilang tumpuan semasa solah, membaca quran, berdoa dan lain-lain. Tidak menyemak dan memikirkan makna-makna doa, sehingga dia membacanya hanya sekadar rutin yang sudah tentu membosankan. Boleh jadi kerana doa yang dibacanya hanya terbatas kepada doa-doa tertentu sahaja, sehingga dia tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya. Padahal Allah Subha Nahu Wa Ta’ala tidak menerima doa yang dibaca hanya sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis:

“Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.”

[At-Tarmizi]

[Keempat] { Malas untuk melakukan amal taat dan ibadah serta meremehkannya.}

Kalaupun ibadah itu dilakukan, itu hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh. Allah telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya;

“Dan, apabila mereka berdiri untuk solah, mereka berdiri dengan malas.”

[An-Nisa’: 142]

Yang juga termasuk dalam kelompok perbuatan ini ialah tidak memperdulikan hilangnya tanda-tanda kebaikan dan meremehkan waktu-waktu yang tepat untuk ibadah. Hal ini menunjukkan tidak adanya perhatian seseorang untuk mendapatkan pahala daripada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Contohnya, menunda-nunda perlaksanaan haji, padahal dia mampu, mundur daripada medan peperangan dan hanya duduk di rumah sahaja, atau pun menunda-nunda ikut solah berjemaah, juga solah jumaat. Padahal Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

“Masih ada sahaja segolongan orang yang menunda-nunda mengikuti saf pertama, sehingga Allah pun menunda keberadaan mereka di dalam neraka.”

[Riwayat Abu Daud]

Gambaran orang semacam ini, perasaannya sama sekali tidak tersentuh jika dia tertidur hingga meninggalkan solah wajib, begitu pula jika ketinggalan melakukan sunat rawatib atau wirid. Dia juga tidak berhasrat untuk menqadha atau mengganti apa yang ketinggalan itu, bahkan boleh jadi dia sengaja meninggalkan yang sunat atau fardhu kifayah. Tidak berhasrat untuk mendapatkan pahala dan tidak berhajatkannya. Gambaran ini bertentangan dengan orang-orang yang disifati Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam firman-Nya;

“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan, mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.”

[An-Anbiya’: 90]

Di antara berbagai fenomena kemalasan dalam amal taat ialah kemalasan dalam melaksanakan ibadah-ibadah rawatib, solah malam, solah dhuha atau solah-solah nafilah yang lain serta melengah-lengahkan datang ke masjid. Hatinya sama sekali tidak terketuk untuk melakukan semuanya itu, apalagi untuk mengerjakan dua rakaat solah taubah dan solah istikarah.

[Kelima] { Dada yang terasa menyesak, perubahan perilaku dan tabiat yang terbelenggu. }

Sehingga seakan-akan seseorang merasa beban berat yang menghimpitnya. Sehingga dia cepat menjadi resah dan gelisah kerana suatu masalah yang remeh sahaja, dan sirnanya rasa lapang dalam hatinya. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telah mensifati iman sebagai berikut:

“Iman itu ialah kesabaran dan kelapangan hati.”

[As-Silsilah Ash-Shahihah]

[Keenam] { Tidak tersentuh oleh kandungan ayat-ayat Al-Quran }

Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pensifatan kiamat dan lain-lainnya di dalam Al-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengarkan kandungan isi Al-Quran, dan tidak berusaha untuk membuka dirinya untuk berhubung secara langsung dengan bacaan Al-Quran. Sekiranya dia membuka mushaf, isi kandungannya tidak diperhatikan dan diberi perhatian.

[Ketujuh] { Melalaikan Allah dalam hal berzikir dan berdoa }

Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berat bagi dirinya. Jika mengangkat tanganya untuk berdoa, maka secepat itu pula dia menelangkupkan tangannya dan menyudahinya. Allah telah mensifati orang-orang munafik dalam firman-Nya:

“Dan, mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali.”

[An-Nisa’: 142]

[Kelapan] { Tidak merasa tergugah tanggungjawab untuk beramal demi kepentingan Islam. }

Tidak mahu berusaha untuk menyebarkannya dan menolongnya. Keadaan ini berbeda jauh dengan para sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Seorang pemuda , Ibnu Amr Radhiyallahu ‘Anhu langsung beranjak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja dia masuk Islam. Tetapi majoriti orang-orang pada zaman sekarang ini hanya duduk senang dan tidak memiliki rasa tangunggjawab untuk melakukan dakwah meskipun sudah sekian lama dia sebagai seorang Muslim.

Rujukan: Obat Lemahnya Iman, Muhammad Sholih Al-Munajjid

Bile kite diuji dgn ujian kesibukan dunia,kita byk x sedar,yg kita semakin lupe dgn Pencipta kita...xkira exam,sambutan raye yg melampau2,dan mcm2 lagi..kita x sedar,yg hati kita makin keras kerana jarang disentuh dgn iman dan takwa...walaupun kita rasa kita dah slalu dekat dgn Allah,lebih2 lg dalam bulan ramadhan ni,tp ada juga sesekali rase tanda2 lemahnye iman...mengape ye?so,semakin dkt dgn akhir ramadhan ini,mari kita sama2 scan hati kite,tgk ape yg kurang,n update sebolehnye yg mungkin,supaya,berlalunya bulan ramadhan,menjadi bulan tarbiah kepada diri utk me'modifite' hati dan diri menjadi lebih baik dgn redha ALLAH...

(nasihat kepada diri terutamanya...dan kepada sahabat2 lain umumnya...)moga ramadhan kali ini menjadi ramadhan terbaik,andai ia merupakan ramadhan terakhir buat kita...(^_^)ameen..

Read More...




RAMADHAN...di jepun n di malaysia...erm..same ke?

sape nak tlg jawab ni???
kene tnye para senpai n expert la jwbnye...(tp senpai cni,non muslim je..kene bukak sket skop ke senpai jauh2..so,internet memainkan peranan)

tp ape yg sy rase,puasa kat mane2 same je..bergantung pada keadaan iman time tu...sebab puasa kita kerana Allah S.W.A..not for people around us..n,sy rase,people around us,bleh mempengaruhi keadaan iman kite time tu.so,cari la sahabat2 yg terbaik utk kita dampingi,supaya iman kita dpt dijaga n diawasi...not in bulan ramadhan only..but for the whole journey of our life..(huhu,tergune bhs rojak,bm-bi,xtau cmpur japan skali nnti,jd camne...)

just a little sharing of my ramadhan life in japan..
pagi ramadhan....
dgn bantuan jam2 sebelah tu,diri terkejut..set pukul 3.30pg.tp kadang2 kul 4 br bgn..kelam kabut nak sahur...n ade jgk yg terawl,terbgn sendiri dgn kehendakNye.. n ade jgk,satu jam tercepat berbunyi..awl lg,bleh smbung,n disebabkan ade jam2 lain yg back up,x risau...tp sebaliknye berlaku...maka terlepas sahur..setakat ni,dah 2 kali puasa tnpa sahur..x dpt keberkatan sahur n yg plg penting..lbh mencabar dr hari biase..huhu..sabar2..ade hikmah tu..

ke kelas,dikelilingi pelajar japan...(mmg menguji iman)..
pagi,siap2..dlm kul 8 bergerak ke kelas..tp sepanjang perjalanan..berpuluh kali pandangan kene ditundukkan...huhu...YA ALLAH,berikanku kekuatan..
n bile,kat kelas,alhamdulillah,ade 2org je makhluk bernama hawa ni...tp tetap teruji iman..perlu jga pandangan..mcm2 pengarangai meraka ni..n bile time rehat,kluar sume bau makanan dr bento classmate..huhu..ape lg,cepat2 kemas..n balik ke bilik..xsanggup duk lame2..makruh time puasa,bile membayangkan makanan..

kul 12,balik ke bilik...solat n rehat.
time ni,mmg byk mase diperuntukkan..kalau 4bulan sebelum ni,duk sibuk ke
dapur,memasak...tp skrg..pusing2 dlm bilik,xtau wat ape...amik quran,tadarus jap,n ade mase lebih..online n bace buku sket..(exam is around the conner)YA ALLAH,permudahkanlah ujianku kali ni...

kul 1,ke kelas semula,meneruskan perjuangan...
kelas mcm biase..same stiap hari,cume bile masuk zon ptg ni, dgn deodenum yg kosong..,jd letih n mudah tertidur..huhu...maafkan daku wahai sensei sekalian...(^-^)...daitai,kul 4 abis kelas...then terus balik..biasenye ade aktiviti kelab,tp bulan ni kene absence utk beri laluan kepada exam..n utk badan ni jgk..xdpt bayang,puasa2 sambil menghayun bet pingpong sambil berpeluh2..(";)..huhu...
blk kelas,solat asar,n ade wat tadarus sket..before online or study or rehat..tp kbykan skrg lbh ke mmbelek nota2 bertulisan cacing2 sket(tulis time mamai),wat revision...tp sblm tu,kene masak nasi..n entah kebrape kali,terlupe nak masak nasi.huhu...abiss,mlm nnti mmg kene tukar jadual..

kul 5,bertolak ke pasar ramadhan(supermarket).. (omulet rice)
bertolak dgn basikal,n berdasarkan plan,beli brg2 yg perlu,biasenye ikan n sayur..(m
enu wajib)...n buah2..then..bile balik..wait for kul 6,then br memasak..sy diberi masa,25
minit utk memasak bhn yg ade..yosh..starto(mula!)...n biasenye time masak tu..terus berbuka..hehe..mmg xpast bab memasak ni,kene ade org tolong..sape nak tlg ni?..wuwu..volunteer,meh cni..hehe..
kemas2..then solat magrib dl..after that mewangikan diri..baru makan..fuhh..nikmatnye makan time after mandi,x caye...u all can try at home..huhu..

after isyak(about 8.15 smthing)..terawih..(biase 8+3)..
erm..mmg rase lain sket bile solat terawih sorg2 ni..lg2 dlm lingkungan 50km persegi diameter ni,tiada muslim utk diajak berjemaah...dpt rase nikmatnye berjemaah time kat malaysia dl..erm..walu ape2 pun,moga ibadah2 yg kite lakukan diterima Allah,amin...

waktu study teranjak,sepatutnye kul8 smpai 10,tp anjak sejam...
alhamdulillah..kat kosen ni,xde tenko(melapor diri) n waktu study yg ketat(utk ryugakusei only)..x risau sgt utk terkejar2 masa or menyorok2(takut sensei round).bleh wat jadual waktu sendiri...tp kebykn x ikut sgt jadual tu..upgrade ikut perubahan semasa...n mmg kene slalu tukar,sbb iklim jepun yg berbeza dgn malaysia....br sy rase,mencabarnye duk kat overc ni..n nasihat kepada bakal2 flyer ke overc tu..siapkan dirimu..be positif in Allah...of what have happen to us..

waktu oyasumi...ikut mode diri..hehe...
erm..bab ni,kene ikut situasi n mode...setakat ni plg awl....kul 12 kot.hehe...mcm2 bende buat,xyah discribe la ye..sbb time ni la waktu utk bermkn2..so,mknn2 n minuman ringan letak dlm bilik..bile rase nak mkn,capai je terus..
sblm tidur,set 4jam loceng pengejut(2loceng,2handphone)xbgn jgk..mmg x fhm...n biasenye bgn..
kecuali sbb2 kecemasan..n serius mode mlm tu(study2!!)


Alhamdulillah..
rasenye lebih kurg camtu la my ramadhan seikatsu(life) kat jepun ni..n sepanjang my first ramadhan ni,syukur pd ALLLAH,sy byk sedar akan segale nikmat2 yg Dia berikan..tp byk yg dilupai..moga then berlalunya bulan ramadhan,bulan tarbiah ni...dapat kita sama2 perbaiki diri utk menjadi yg lbh baik dr seblm2nye...amin..
SALAM RAMADHAN KARIM......







Read More...

Total Pageviews

THANK YOU

AHLAN WAHSAHLAN

http://www.kddi.com/sakura2009/blogparts/js/sakura.js